HOW TO IDENTIFY THE ORIGINAL OF SONGKET ?


ENGLISH VERSION..........


We think that what the original was based on several factors, namely Manufacturing Engineering, The Creation, and manufacturing materials. Therefore, the authenticity of songket will be generated if these factors are maintained in the production of songket.

    
Natural Songket -Other woven songket traditional manner.

    
-Other Asli Terengganu songket songket woven 100% traditionally in the State only.The authenticity of a piece of songket can be identified through observation of songket cloth itself. The experience of an individual can help identify the authenticity of songket. Here are tips to identify the authenticity of songket: -


  • Cloth edge
Look along the edge of the fabric -sekiranya it is original handmade songket there will be a small hole effects. The effect is due to the hollow needle retaining pin that pricked the surface of the fabric under the fabric being woven fabric so that they are always in a state of tension during the weaving process. This effect is also uneven as it depends on the frequency weaver needle piercing pin it to the fabric being woven.
  •     Color Flower Pattern
Typically, the color of gold or silver threads were used. The color of gold or silver thread that reveals shimmering songket looks fresh. Motif pattern on the fabric looks like life and stand out.The color is not easy to fade though it was old songket. If songket is not genuine, the color quickly fades with age and seem outdated or no series.
  • Material type
The materials in the production of songket is very important because these materials is the main ingredient. The materials cost of course does not give the quality as expected. For example, gold or silver that have an objection is more expensive compared with the cost of yarn. Gold or silver thread that's usually mild.But, do not doubt that there is now also songket woven using lightweight materials especially silk and cotton. This is because there is a demand for that type of lightweight fabric for comfort of the wearer.


MALAY VERSION.....

MENGENAL KEASLIAN SONGKET
  Kami berpendapat bahawa apa yang dikatakan asli itu adalah berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu Teknik Pembuatan, Tempat Pembuatan, dan Bahan Pembuatan. Maka, keaslian songket akan dapat dihasilkan sekiranya faktor-faktor tersebut dikekalkan dalam penghasilan songket.


  1. Songket Asli –kain songket yang ditenun secara tradisional.

  2. Songket Asli Terengganu –kain songket yang ditenun 100% secara tradisional di negeri Terengganu sahaja.

Keaslian sehelai songket dapat dikenali melalui pemerhatian pada kain songket itu sendiri. Pengalaman seseorang individu dapat membantu mengenali keaslian pada songket. Berikut adalah tip-tip untuk mengenali keaslian songket: -


  1. Tepi Kain
    Perhatikan disepanjang tepi kain –sekiranya ia adalah songket asli buatan tangan maka akan terdapat kesan-kesan berlubang kecil. Kesan berlubang ini disebabkan jarum pin penahan kain yang dicucuk dipermukaan sebelah bawah kain yang sedang ditenun agar kain tersebut sentiasa berada dalam keadaan tegang semasa proses menenun. Kesan ini juga tidak sekata jaraknya kerana ia bergantung kepada kekerapan tukang tenun menyucuk jarum pin tersebut pada kain yang sedang ditenun.

  2. Warna Corak Bunga
    Lazimnya warna benang emas atau perak yang digunakan. Warna benang emas atau perak berkilauan yang menampakan songket tersebut kelihatan segar. Corak motif yang terdapat pada kain tampak seperti hidup dan menonjol.

    Warnanya tidak mudah pudar walaupun songket itu telah lama berusia. Sekiranya songket tersebut tidak asli, maka warnanya cepat pudar dimakan usia dan mudah kelihatan usang atau tiada serinya.

  3. Jenis Bahan
    Bahan-bahan dalam penghasilan songket adalah amat penting kerana bahan-bahan tersebut adalah ramuan utama. Bahan-bahan yang murah sudah tentu tidak memberi kualiti seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, benang emas atau perak yang mahal mempunyai keberatan yang lebih berbanding dengan benang yang murah. Benang emas atau perak yang murah lazimnya ringan.

    Tetapi, tidak dinafikan bahawa kini terdapat juga songket yang ditenun menggunakan bahan yang ringan terutamanya bahan sutera dan kapas. Ini kerana terdapat permintaan terhadap kain yang jenis ringan demi keselesaan si pemakai tersebut.