Perlu diingatkan bahawa songket adalah berbeza dengan lain-lain
kain atau fabrik. Oleh sebab itu cara atau teknik penjagaanya juga
berbeza. Perhatian harus diberikan pada semua ketika iaitu ketika
memakai, menyuci, dan menyimpan.
Berikut adalah tip-tip penjagaan songket: -
-
Cara Membersih
Songket tidak boleh direndam didalam air untuk tempoh yang lama.
Ianya cukup sekadar memakai pelembut dan dibilas dengan cepat. Kemudian
diangin-anginkan dengan menggunakan kipas. Songket tidak boleh dijemur
dibawah sinar matahari langsung. Sekiranya ingin juga songket dijemur,
ianya harus dibawah tempat yang redup sahaja.
-
Cara Menyimpan
Sebaiknya setelah songket dipakai, kain diangin-anginkan sebelum
disimpan. Jangan sesekali menyimpan songket yang ada kesan air atau
makanan atau songket yang masih lembap. Pastikan songket tersebut kering
sepenuhnya.
-
Gulung Kain
Dalam penyimpanannya, kain songket jangan dilipat agar sulaman
tidak rosak. Kain digulung seperti karpet dan sebelumnya terlebih dahulu
dilapisi dengan kertas minyak. Masukkan sedikit wangian supaya kain
tidak menjadi berbau.
-
Posisi Kain
Kain Songket yang telah digulung kemudian dibungkus dengan
plastik atau tabung kertas. Disimpan dalam almari dalam posisi berdiri
atau miring atau condong sedikit. Kain songket boleh dilipat seperti
lain-lain kain untuk penyimpanan tetapi ia harus kerap dikeluarkan dan
dibuka dari lipatan agar benang emas atau perak tidak rosak.
-
Agin-aginkan
Keluarkan kain Songket dari tempat penyimpanan sebulan sekali
untuk dianginkan-anginkan apabila kain tersebut sudah lama tidak
dipakai.
-
Tempat Bersih
Pastikan tempat simpanan atau almari untuk simpanan songket
diperbuat daripada bahan yang tidak berkulat. Ini kerana kelembapan
udara sekeliling akan menggalakan pertumbuhan kulat atau fungi yang
seterusnya merosakan songket.
|